Saturday 19 January 2013

Biografi Zul Adnan Mohd Razali/ J.S Kevin


Dilahirkan pada tahun 1960-an, merupakan anak bongsu dari lima adik beradik dan dilahirkan diatas perairan Australia apabila bapanya seorang kelasi kapal membawa ibunya yang sedang hamil berlayar. Beliau dinamakan  Zul Adnan Mohd Razali oleh kedua ibu dan bapanya. Walau bagaimanapun Zul Adnan Mohd Razali dikenali dengan banyak nama pena seperti J.S Kevin, ‘Masterpiece’, ZN Kevin, Nasha Kevin, Nadia Ewing dan banyak lagi. Beliau berasal dari Kampung Bumiputra, Keramat, Kuala Lumpur. Sebelum menjadi penulis lirik lagu beliau telah berkerja di pelantar minyak ‘esso’ di Terengganu selama empat tahun dan disinilah dia mendapat ilham dalam menulis lirik lagu pertamanya. Beliau telah mendapat pelajaran dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Ampang, Selangor. Selepas beliau menjadi penulis lirik yang berjaya ia di laporkan bahawa beliau tidak pernah hadir secara sendiri untuk mengambil apa sahaja anugerah yang telah dianugerahkan kepadanya dan kebiasaanya akan menghantar wakil beliau. Gambar beliau telas ditayangkan  secara langsung adalah pada tahun 2003 ketika Anugerah Industri Muzik.Walaubagaimanapun Zul Adnan Mohd Razali telah pulang ke rahmatullah pada 8 Ogos 2002, meninggalkan isteri beliau Noraishah Abdul Hamid dan tiga orang cahaya mata ketika berusia 42 tahun akibat serangan angina ahmar dan paru-paru berair. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 8 ogos 2002 pada usia 42 tahun akibat serangan angin ahmar dan paru paru berair. Life Records Sdn Bhd dengan kerjasama composer Harun BPR telah berjaya menghasilkan sebuah album khas yang diberi nama ‘Tangisan di Gelanggang Fana-A Tribute to JS Kevin’ yang memuatkan 16 lagu yang memakan masa satu tahun, bagi mengenang jasa besar Zul Adnan Mohd Razali atau J.S Kevin. Seramai enam orang artis ternama telah terlibat dalam pembikinan album tribute ini antaranya adalah Andy (Flop Poppy), Mus (May), Shamrin (Fotograf), Ucop (Baji), Ali (XPDC) dan Faizul ‘Malaysian Idol 2
            Zul Adnan Mohd Razali telah berkerjasama dengan ramai artis-artis tempatan yang kini mempunyai nama yang megah di arena lontar suara antarnya adalah ‘XPDC’, Baji, Wings, Bumiputra Rockers, Ella, Medicine, Zaiton Sameon, dan banyak lagi. Beliau juga telah menghasilkan banyak lagu yang menjadi juara carta di setiap corong radio seperti C.I.N.T.A (1990), Hukum Karma (1988), Segar dalam Ingatan (2000), Tinggalkan Semalam (1993), Apa Nak Dikata (1997), dan banyak lagi. JS Kevin juga banyak di gelar sebagai kunci kejayaan kepada kumpulan Kugiran terkenal di Malaysia iaitu Wings dan XPDC. Zul Adnan Mohd Razali lebih gemar menulis muzik-muzik bergenre ‘rock’ atau yang lebih dikenali sebagai ‘rock kapak.  Pemergian beliau banyak menyatakan bahawa ia telah melemahkan semngat penggemar muzik ‘rock’ di Malaysia.

Written by Azzim Ibrahim
All right reserved

No comments:

Post a Comment