Saturday, 24 November 2012

Kita SEDAR

Aku sedar akan bumi yang aku pijak
Aku sedar akan langit yang aku junjung
Aku sedar siapa diri aku ini
Aku sedar aku hanya pungguk rindukan bulan
Aku sedar akan asal usul-ku
Aku tahu akan keturunan ku
Aku tahu kehinaan mertabat-ku dimatamu
Aku tahu akan nilai-nya kaca
Aku tahu akan nilai-permata

DAN

Aku sedar engkau itu matahari
Aku sedar engkau itu maharaja
Aku sedar tinggi-nya martabat kau
Aku sedar gemilang-nya darjat kau
Aku sedar besar-nya kuasa kau

AKAN BEGITU

Sedarkah engkau tentang arti dan rasa bersyukur
Sedarkah engkau tentang rasa bersujud kepada ilahi
DAN
Sedarkah engkau tentang agenda di dunia kekal kelak...
Written By-Azzim Ibrahim
All. Right Reserved

Saturday, 17 November 2012

Kompilasi A

Sebuah Naskah Kompilasi dan Gabungan Sajak-Sajak dari Penulis Hipster..Mengandungkan 40 Sajak yang ditulis oleh penulis Hipster yang awesome kebabom hanya RM10.00 senaskah..Dapatkan

Save Gaza

Mana mungkin
Air jinakkan minyak
Mana mungkin
Hujan bertemu kemarau
Mana mungkin
Darah kering di badan manusia

DAN
Mana mungkin
Israel tundukkan Palestine

Selagi darah jihad mengalir
Selagi dakwah masih diudara
Selagi Azan bertakhta
Selagi Allahuakhbar dilafazkan

Tidak akan mungkin gunung sembahkan bumi
Dan
Tidak akan mungkin gunung berganjak kerna angin
Dan
Tidak akan mungkin Hamas rebah pada Zionis

Written by- Azzim Ibrahim
All Right. Reserved

Friday, 16 November 2012

Melayu Mudah Lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...

Written by-Tun Dr. Mahathir Muhammad
All Right. Reserved

Sonnet 18


Shall I compare thee to a summer's day?
Thou art more lovely and more temperate:
Rough winds do shake the darling buds of May,
And summer's lease hath all too short a date:
Sometime too hot the eye of heaven shines,
And often is his gold complexion dimmed,
And every fair from fair sometime declines,
By chance, or nature's changing course untrimmed:
But thy eternal summer shall not fade,
Nor lose possession of that fair thou ow'st,
Nor shall death brag thou wander'st in his shade,
When in eternal lines to time thou grow'st,
So long as men can breathe, or eyes can see,
So long lives this, and this gives life to thee.

Written By- William Shakespeare's
All Right. reserved

Kaku

Mengapa mama tidur
Megapa papa tidur
Dan
Tak bangun lagi

Saya nak
Berborak bersama
Bermain bersama
Bergelak bersama
Bangun lah-mama
Bangun-lah papa


Kenapa begitu ramai berada disini
Kenapa semua ingin bertenung mama dan papa
Kenapa mereka tidak benarkan mama dan papa
tidur dengan lena

Mama, Papa
Kain putih ini untuk siapa
Kenapa mereka bentangkan pada
Mama dan Papa

Mama, Papa
Kemana mereka ingin bawa mama, papa pergi
Kenapa saya tidak dibenarkan menemani mama dan papa
Saya sayangkan mama dan papa
Jangan pisahkan kami
Biar mama dan papa tidur disini
Kami ingin bersama selepas mereka tersedar..

Written by-Azzim Ibrahim
All Right Reserved.

Aku adalah Aku

Aku orang gila
Aku penipu
Aku pencinta
Aku penghibur
Aku pendendam

TAPI
Aku Adalah Aku

Aku orang seni
Aku Sang Pelangi
Aku gilakan cinta
Aku bahaya
Aku penceria

TAPI
Aku Adalah Aku

DAN
Aku Adalah Aku

DAN
Aku Akan Kekal Aku

KERANA
Aku Adalah Aku
Dan Itulah

Written by-Azzim Ibrahim
All right. Reserved

Sajak -Itu Aku


ITU AKU

Aku junjung agama-ku
Kerana itu adalah agama-ku

Aku cinta negara-ku
Kerana itu adalah negara-ku

Aku sayang bangsa-ku
Kerana itu adalah bangsa-ku

Aku kasih pada diri-ku
Kerana itu adalah pendirian-ku

Written By -Azzim Ibrahim
All right reserved