Wednesday, 13 February 2013

Bibliografi J.M Aziz

Bibliografi J.M Aziz
Dilahirkan ke dunia oleh Mek Ngah Hassan seorang guru Al-Quran bersama suaminya Abdul Rahman Hassan seorang qari dan peniaga dan diberi nama Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai J.M Aziz,  Indra Mesra, Abdul Rahman, Azizah Rahman dan Jiwa Merana. Tanjung Seberang Takir, Kuala Terengganu adalah tempat lahir dan asal J.M Aziz. Beliau mula berkecimpung dalam dunia puisi sejak beliau berusia 8 tahun lagi. J.M Aziz telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Takir hingga tamat darjah lima. Selepas itu beliau melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Sultan Ismail untuk menuntut ilmu bahasa Inggeris. Pendidikan agamanya telah diterima oleh kedua ibu bapanya sendiri. Selepas tamat pengajiannya J.M Aziz telah berkerja di Pasukan Polis Hutan (1951-1953). Dan selepas itu beliau pernah berkerja sebagai Pegawai Penerangan Sukarela di Pejabat Penerangan Kuala Terengganu (1960). Tambahan dengan itu, J.M Aziz suka menyumbangkan tenaganya berkhidmat sebagai sukarelawan di Muzium negeri Terengganu, Perpustakaan Awam negeri Terengganu, dan badan-badan kebudayaan dan kesenian negeri Teregganu. Beliau juga merupakan pengasas kepada Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA). Mahupun begitu didalam kehidupan J.M Aziz mempunyai titik hitam ia tersendiri, nama J.M Aziz membawa makna yang amat berat sekali iaitu Jiwa Merana ini kerana pada tahun 1965 beliau telah dikuarantin di Sungai Buloh kerana penyakit kusta yang membuatkan beliau hilang daya fizikal dan telah membuatkan dunia penglihatannya terus gelap. Semasa kejadian itu beliau telah menggunakan gelaran Jiwa Merana secara langsung sebagai nama gelaran beliau. Melihat keadaan itu ahli sasterawan negara A. Samad Said telah megubah Jiwa Merana kepada J.M untuk memberi gelaran yang lebih manis. Sungguhpun begitu J.M tetap membawa makna Jiwa Merana. J.M Aziz bersama Lijah binti Daud atau Cik De Jah telah dikurniakan dengan tujuh orang cahaya mata dan mereka inilah yang menjadi teman setia atau teman menulis J.M Aziz. J.M Aziz suka menulis puisi berlatarkan atau bertemakan laut dan hidup nelayan. Malah ada yang memanggil beliau sebagai penyair laut. Beliau tidak pernah terhasrat dan terbetah untuk menulis sajak tentang kesusahan hidupnya ini kerana beliau pernah berkata menulis puisi tentang dirinya hanya akan membawa lagi kesedihan kepada hidupnya.

Sebagai penghargaan terhadap tekad dan azamnya sebagai penulis beliau telah dianugerahkan Anugerah Budaya “Penggiat Kesenian Sezaman” oleh kerajaan negeri Terengganu (1990). Tambahan dengan itu beliau juga pernah dinobatkan sebagai Anugerah PENA peringkat nasional. Selain itu beliau juga dianugerahkan gelaran Tokoh Penyair Terengganu oleh Ruang Teater Tamu Terengganu. Manakala puisinya berjudul “Nasi Ayam laut Sepinggan” juga telah memenangi hadiah utama bagi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (2001). Selain itu, puisu beliau yang berjudul “Berlabuh dan Berkayuh” juga telah memenangi Hadiah Sastera Malaysia (1948/1985). Dan pada tahun 1989 beliau telah dianugerahkan Tokoh Teater Terengganu 1989 oleh Majlis Kebudayaan Negeri Terengganu. 

Writen by Azzim Ibrahim
All right reserved

Kompilasi Puisi-Puisi J.M Aziz
Penyu Menangis Siapalah Tahu
Anak muda berlagu saying
di bukit remis melepas rindu
adik ketawa di rantau abang
penyu menangis siapalah tahu

Sesak nafasnya sesak
tak tahu adik tak tahu
sebak dadanya sebak
tak tahu adik tak tahu
bengkak jantungnya bengkak
tak tahu adik tak tahu
retak hatinya retak
tak tahu adik tak tahu

Lenyap ditelan derauan ombak
telur penawar hatinya lebur
tumpah air matanya melimpah-ruah
agak terhibur adik terhibur

Adik muda berlagu saying
di batu remis melepas rindu
adik ketawa di rantau abang
penyu menangis siapalah tahu
penyu menangis siapalah tahu

Kelabu matanya kelabu
tak tahu adik tak tahu
sendu tangisnya sendu
tak tahu adik tak tahu

Sayu jiwanya sayu
tak tahu adik tak tahu
layu langkahnya layu
tak tahu abang tak tahu


Kesian Dia


Kasih sayang tiada sempadan
bagai laut dan pantai
nasib malang bercerai badan
bak pasir dibelah badai

Buah hati timbangan badan
tidak dua dan tiga
sudah berjanji berpegang tangan
kiranya terlepas jua

Kesian Dia
Kesian Dia
Kesian Dia
Kesian Dia

Serakit sirih seumbut pinang
selaut kasih sepantai sayang

Kalau boleh pinjamkan selendang
abang rindu harum baunya
merayu pada yang disayang
jika ada sisa kasihnya

Kesian Dia
Kesian Dia
Kesian Dia
Kesian Dia

Biduk sebuah kita bermudik
dibuai tapak gelombang
biduk kekasih itulah adik
tempat abang menumpang sayang

Kesian Dia
Kesian Dia
Kesian Dia
Kesian Dia

Serakit sirih seumbut pinang
selaut kasih sepantai sayang

Ombak kasih datang bertandang
pantai sayang menanti
namun abang tetap mengenang
sendiri kehilangan hati

Kesian Dia
Kesian Dia
Kesian Dia
Kesian Dia

Serakit sirih seumbut pinang
selaut kasih sepantai sayang

  
Puisi Penyu

Bergurau senda di rantau adik
bergetak ketawa di rantau abang
tetamu bertemasya lalu mengusik
jantung hatinya berlubang

Siapa tahu matanya kelabu
siapa tahu dadanya sesak sebak
sedang air matanya berguguran
di atas lubang yang dikambus
sering digali orang
namun demikian penyu bertelur seumur

Telurnya berlubang segar
telurnya mewangi pantai timur
telurnya berisi penawar

Demikian nyanyian
lagu puisi penyu
dalam derita menabur jasa.


 Berkolek Bersajak

Aku berkolek
di dada laut
dengan jala-jemala
kutebar sepenuh tenaga
memburu hidup

Aku bersajak
ditangga pondok
dengan mata pena
kukhabar kisah manusia
di pintu maut

Aku berkolek dan bersajak
dari pantai timur
ke kuala selut
mencari penawar
turun turunlah angina selatan
sorong-soronglah koleku ke Pelabuhan Kelang


 Sepi itu Indah

Serakit puisi seumbai madah
selaut sepi sepandai indah

Dibawah jendela pantai terbuka
di tengah laut nan sepi
kudendangkan lagu puisi
kuntum cintanya berkelopak kembang
setanjung kasih seteluk sayang

Puteri penyu bermadah
sepi itu indah
sepi itu penawar rindu

Putih kebiru-biruan
laut indah berbunga mesra
kucah manis menyimbah
kolek sebuah kita berdua
lalu berkayuh meniti buih
dari pantai timur ke kuala lumpur
berlabuh kasih

Puteri penyu bermadah
sepi itu indah
sepi itu pewangi kalbu

  
Sebutir Bintang

Sebutir bintang timur
bertapak
di hujung malam

Sebutir bintang timur
berkelip-kelip
gilang gemilang
pamar-berpamar

Sebutir bintang timur
berkilat
terang benderang
bersinar-sinar

Sebutir bintang di langit pagi
sinar cahayanya berseri dimuka
air pasang naik meninggi
riaknya berbunga emas manis
bertabur kembang selaut seni
mengharum wangi nama ibunda tercinta


 Kisah Manusia

Aku berkolek di dada laut
dengan jala, jala gemala
ku tebarkan dengan sepenuh tenaga
memburu hidup, memburu hidup

Aku bersajak di tangga pondok
dengan mata, mata si pena
ku khabarkan kisah manusia
di pintu mahu, di pintu mahu

Aku berkolek dan aku bersajak
dari pantai timur ke kuala selut
mencari penawar turunlah angina selatan
soronglah kolek ku pelabuhan kelam

  
Bunga Sirih Untuk Guru

Guru adalah ibu pengasuh budiman
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa

Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantai zaman

Guru adalah lampu penyuluh
pendoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus  ke padang luas

Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima savang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi


Kuala

Terbitlah-terbit
pintu kuala sedang terbuka
bangkitlah bangkit
tak baik duduk saja

Terbitlah-terbit
pintu kuala sedang terbuka
bertolaklah-tolak
jangan leka buang masa

Terbitlah-terbit
pintu kuala sedang terbuka
ikutlah ikut
alur perairan terbentang nyata

Terbitlah-terbit
pintu kuala sedang terbuka
ke lautlah ke laut
lalu memetik bunga mutiara
kalungkan ia dileher bonda

Anak Pelaut

Kunyanyikan pantai
berwajah unggu
anak-anaknya dalam sedu

Kunyanyikan pantaiku
berbelas lara
rindu dendam anak-anaknya
mengharapkan kasih entahkan tiba

Kunyanyikan pantaiku
retak seribu
paling derita anak-anak disini
selain dari yang mengalami

Kedengarkan lautku
berlenggang-lenggok
kudengarkan lautku
tempat berpaut

Kudengarkan lautku
tempat hidup
kudengarkan lautku
tempat mati


Saturday, 19 January 2013

Biografi Zul Adnan Mohd Razali/ J.S Kevin


Dilahirkan pada tahun 1960-an, merupakan anak bongsu dari lima adik beradik dan dilahirkan diatas perairan Australia apabila bapanya seorang kelasi kapal membawa ibunya yang sedang hamil berlayar. Beliau dinamakan  Zul Adnan Mohd Razali oleh kedua ibu dan bapanya. Walau bagaimanapun Zul Adnan Mohd Razali dikenali dengan banyak nama pena seperti J.S Kevin, ‘Masterpiece’, ZN Kevin, Nasha Kevin, Nadia Ewing dan banyak lagi. Beliau berasal dari Kampung Bumiputra, Keramat, Kuala Lumpur. Sebelum menjadi penulis lirik lagu beliau telah berkerja di pelantar minyak ‘esso’ di Terengganu selama empat tahun dan disinilah dia mendapat ilham dalam menulis lirik lagu pertamanya. Beliau telah mendapat pelajaran dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Ampang, Selangor. Selepas beliau menjadi penulis lirik yang berjaya ia di laporkan bahawa beliau tidak pernah hadir secara sendiri untuk mengambil apa sahaja anugerah yang telah dianugerahkan kepadanya dan kebiasaanya akan menghantar wakil beliau. Gambar beliau telas ditayangkan  secara langsung adalah pada tahun 2003 ketika Anugerah Industri Muzik.Walaubagaimanapun Zul Adnan Mohd Razali telah pulang ke rahmatullah pada 8 Ogos 2002, meninggalkan isteri beliau Noraishah Abdul Hamid dan tiga orang cahaya mata ketika berusia 42 tahun akibat serangan angina ahmar dan paru-paru berair. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 8 ogos 2002 pada usia 42 tahun akibat serangan angin ahmar dan paru paru berair. Life Records Sdn Bhd dengan kerjasama composer Harun BPR telah berjaya menghasilkan sebuah album khas yang diberi nama ‘Tangisan di Gelanggang Fana-A Tribute to JS Kevin’ yang memuatkan 16 lagu yang memakan masa satu tahun, bagi mengenang jasa besar Zul Adnan Mohd Razali atau J.S Kevin. Seramai enam orang artis ternama telah terlibat dalam pembikinan album tribute ini antaranya adalah Andy (Flop Poppy), Mus (May), Shamrin (Fotograf), Ucop (Baji), Ali (XPDC) dan Faizul ‘Malaysian Idol 2
            Zul Adnan Mohd Razali telah berkerjasama dengan ramai artis-artis tempatan yang kini mempunyai nama yang megah di arena lontar suara antarnya adalah ‘XPDC’, Baji, Wings, Bumiputra Rockers, Ella, Medicine, Zaiton Sameon, dan banyak lagi. Beliau juga telah menghasilkan banyak lagu yang menjadi juara carta di setiap corong radio seperti C.I.N.T.A (1990), Hukum Karma (1988), Segar dalam Ingatan (2000), Tinggalkan Semalam (1993), Apa Nak Dikata (1997), dan banyak lagi. JS Kevin juga banyak di gelar sebagai kunci kejayaan kepada kumpulan Kugiran terkenal di Malaysia iaitu Wings dan XPDC. Zul Adnan Mohd Razali lebih gemar menulis muzik-muzik bergenre ‘rock’ atau yang lebih dikenali sebagai ‘rock kapak.  Pemergian beliau banyak menyatakan bahawa ia telah melemahkan semngat penggemar muzik ‘rock’ di Malaysia.

Written by Azzim Ibrahim
All right reserved

Friday, 18 January 2013

Kau Bernama Lelaki

Hoi lelaki
Hoi teruna
Hoi suami
Hoi khalifah

Pinggan sebiji didalam sinki
Baju kotor didalam bakul
Puntung rokok bertempiaran
Anak tangis dibiar mati
Duduk kangkang tonton tv
Kaki diatas sesuka hati
Rambut kusut tidak dirapi

Hoi pemimpin
Hoi ketua
Hoi tuan
Hoi putera

Written by Azzim Ibrahim
All right reserved

Wednesday, 16 January 2013

Hormat itu Adalah Penghormatan

Ya aku junior kau senior
Ya aku senior kau junior
Ya kau tua aku muda
Ya kau muda aku tua
Ya kau hormat aku
Ya aku hormat kau

Written by Azzim Ibrahim
All right reserved

Thursday, 10 January 2013

Manusia oh Manusia

Manusia memangnya kejam
Segala kata membunuh deria
Segala tindakan membunuh emosi
Segala niat membunuh erti

Manusia memang begini
Memisahkan
Yang tinggi dengan yang pendek
Yang kecil dengan yang besar
Yang lurus dengan yang songsang
Yang hitam dengan yang putih
Yang kurus dengan yang gemuk

Hadapilah manusia dengan 1001 jalan
Agar selamat diri dan agama

Written by Azzim Ibrahim
All right reserved

Wednesday, 9 January 2013

Writing Tips 101

Karya adalah anak kita, lahirkan ia agar ia membawa erti kepada dunia-Abdul Ghaffar Ibrahim

Written by Azzim Ibrahim
All Right. Reserved

Saturday, 5 January 2013

Writing Tips 101

Never rush your idea let it comes with its own rhythm...

Written by Azzim Ibrahim
All right. reserved