Diberi nama Abdullah Bin Hussain tetapi beliau lebih dikenali dengan nama penanya Zamroed, Roslani Shikin, A.A, Adiwijaya, A.H, Andijaya, Asly, Bintang Kecil, Iskandar Muda dan Suryakanta. Telah dilahirkan pada 25 Mac 1920 di Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah Darul Aman. Beliau mempunyai dua orang adik yang juga telah mengharumkan nama negara iaitu Tan Sri Profesor Emeritus Dato' Pendita Dr Ismail Hussein dan Allyarham Ibrahim Hussain. Beliau telah berkahwin dengan Datin Siti Seroja Basri. Datuk Abdullah Hussain telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Yan (1926-1931) dan kemudian beliau telah melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah St. Michael. Selepas itu beliau belajar di Anglo Chinese School hingga lulus darjah VII, dan kesemuanya berada di Alor Star, Kedah. Kemudian beliau melanjutkan pelajarannya ke Syonan Koa Kurenzo iaitu sekolah latihan Pegawai-Pegawai Tinggi di Singapura selama tiga bulan. Setelah beliau mendapat kelayakkan yang mencukupi beliau telah meceburi alam perkerjaan. Beliau telah berkerja di pelbagai tempat tetapi kebanyakkannya bersangkut-paut dengan bidang penulisan dan percetakkan. Beliau pernah berkerja di Syarikat surat khabar Sahabat, Bahagian Penerbitan di Pulau Pinang (1939), Syarikat surat khabar Saudara, sebagai pembantu pengarang (1940), Syarikat surat khabar Merdeka dan Majalah Merdeka, Bahagian Kewartawanan (1951), Syarikat Franklin Book Programme dan Oxford University Press sebagai pembantu pengarang dan editor (1965 - 1968), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai pegawai penyelidik (1968 - 1978), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) cawangan Sabah sebagai ketua unit (1978 - 1979), Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia sebagai ahli cipta (1979 - 1981), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) cawangan Brunei (1982) sebagai ketua bahagian pembinaan dan pengembangan sastera, dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) cawangan Brunei sebagai pegawai bahasa kanan. Dan pada masa kini beliau menjadi Karyawan TamuDewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Beliau telah menjadi penulis sejak daripada beliau kecil lagi dan pelabagai karya telah dihasilkan oleh beliau daripada cerpen hinggalah ke novel. Karya pertama beliau telah ditulis pada tahun 1939 iaitu sebelum zaman Jepun, didalam karya ini mempunyai unsur-unsur kelucuan dan telah diterbitkan di Majalah Tanah Melayu. Dan selepas itu beliau terus berkarya hingga dapat menghasilakan berpuluh-puluh buah buku, beratus-ratus sajak dan pelbagai lagi. Antara karya beliau yang hangat diperkatakan adalah Novel Konserto Terakhir, Novel Interlok, Cerpen Melissa, Novel Peristiwa, dan Drama Di Atas Pentas. Beliau juga telah memenangi pelbagai anugerah dan penghormatan dari dalam dan luar negara antaranya adalah S.E.A Write Award di Bangkok (1981), Pemenang Anugerah Sayembara Novel Nasional di Malaysia (1992/1994), Diberikan penghormatan sebagai sasterawan negara (1996) dan dianugerahkan gelaran Dato’ Setia DiRaja Kedah (D.S.K) (1996). Pada satu ketika karya novel beliau yang bertajuk Interlok pernah dipilih untuk menjadi karya komsas tingkatan 5 namun begitu ianya telah dibatalkan dan telah dimansuhkan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana ia mempunyai bantahan yang berterusan oleh masyarakat kerana mempunyai sentiment perkauman yang boleh mengelirukan kaum india.
Cerpen Melissa- Datuk Abdullah Hussain
Sekembali dari pejabat surat khabar itu, dia mulai menyesali dirinya kerana terlalu mudah mengikut ajakan Farid. Perasaanya mulai tidak tenteram. Wajah Syahid terus-menerus terbayang di ruang matanya. Lagu percakapannya persis Hisyam. Kulitnya yang hitam dan rambut nya yang berkilat-kilat, agak kejur sedikit hampir sama dengan Hisyam. Tingginya juga barangkali seperti Hisyam. Cuma tubuhnya yang membuat dia menyangka Hisyam yang sudah hilang itu sedikit kurus, barangkali kurang mendapat makanan yang sempurna.Hidupnya menderita disana. Bolehkah Hisyam hidup kembali? Tentu mataku yang silap. Tiba-tiba saja dia seperti mengenali lelaki itu.
Dalam kesibukkan dan kebisingan bunyi mesin tulis dan computer bercaampur-baur dengan deringan telefon dan suara manuia.Seorang lelaki berjalan ke arahnya yang sedang berdiri disamping Farid. Farid memang banyak mempunyai kawan kenalan di sana. Berhenti di tiap-tiap meja. Menyapa dan bersalaman.
“Ini Syahid,” kata Farid memperkanlkan diri lelaki itu kepadanya.
“Rasanya kita sudah pernah berjumpa,” kata Syahid yang agak tidak malu apabila dia menghulurkan tangan sebaik sahaja mereka diperkenalkan. Perasaanya tergugah sedikit. Darah tersimbur naik ke mukanya. Seluruh kulit mukanya menjadi merah. Dia pun tiba-tiba menjadi gugup. Di mana? Mahu saja dia percaya pada waktu itu Syahid benar-benar penjelmaan dari Hisyam. Aku tidak pernah bertemu dengan orang ini, bawah sedarnya dia berbisik. Namanya, ya pernah aku dengar sebab selalu di sebut-sebut oleh Farid apabila sahaja makalahnya tersir pada surat khabar itu. Syahid yang menolong menyiarkannya.
Nama Syahid juga selalu muncul dalam surat khabar itu, kerana rencanya yang dituis dibahagian recana pengarang atau ada berita by line. Hanya dari suatu majalah dia mengenali lelaki itu, tetapi berjumpa belum.
“Yakah?” Hanya itu yang keluar daripada mulutnya. Dia ditinggalkan di bilik Syahid, sebuah ruangan yang berbentuk kotak. Duduk dikerusi menghadap kepadanya. Syahid mulai membuka cerita. Tapi anehnya dia tidak mengulangi lagi ucapanya tadi tentang pernah berjumpa dengannya dahulu. Barangkali juga ianya merupakan satu helahnya sahaja, suatu gimik untuk memancing kemesraan. Demi tuhan, kalau ada pancingnya pun, dia sendiri sudah mulai jatuh hati dengan anak muda ini. Keberaniannya telah mengusik hatinya. Kumisnya yang kecil bak satu garis hitam diatas bibirnya itu kelihatan agak lucu, bergerak-gerak apabila dia bercakap, tetapi menimbulkan daya pesona. Adakah ini cinta pandang pertama? Wajanya itu benar-benar mirip Hisyam. Kalau Hisyam ada disitu kumisnya itu yang membezakan mereka.Tetapi bentuk tubuh boleh berubah apabila kita semakin dewasa. Hisyam kalau ada sekarang ini mungkin juga kurus seperti Syahid. Tubunya dulu agak berisi tetapi mempunyai tanda-tanda akan meninggi seperti bapanya.
Dia mulai suka dengan anak muda ini. Sifatnya yang terbuka itu menyenangkan hatinya. Dia suka mendengar bicaranya. Suka melihat mimik mukanya. Suka melihat senyumannya. Dia seperti Hisyam. Barangkali juga Syahid telah jatuh cinta kepadanya dengan pertemuan pertama itu. Melihat gerak-gerinya yang agak kau itu dia rasa yakin dengan anggapannya. Dia rasa Syahid sedang bersungguh-sungguh untuk sedang memikat perhatiannya. Ya, dia sudah terpikat dengan lelaki itu. Sebab itu tanpa banyak kerenah dia menerima ajakan untuk makan tengah hari pada sabtu depan. Dia menolak ajakan makan malam kerana terpaksa balik ke seremban. Ibu bapanya disana.
Dalam perjalan pulang dari pejabat, surat khabar itu, dia mulai diam. Perasaanya sedang simpang –siur. Dia cuba menilai kembali kisah pertemuannya dengan Syahid sebentar tadi. Mengapa dia begitu lekas tertarik kepadanya? Adakah kerana dia serupa dengan Hisyan?
Melihat dia diam serupa itu, Farid yang sedang memandu ituberpaling melihatnya. Dia lazimnya bukan orang yang pendiam. Dia gadis yang lincah, gesit, suka bercakap, bebas bergerak, dan sangat terbuka sifatnya. Dia akan mengatakan apa-apa sahaja yang difikirkan betul, sehinggakan banyak antara kwannya yang tidak senang, tidak sebulu kerana sifat frank-ness nya itu. Bukan itu sahaja dia juga terkenal dengan sifat keras kepalanya. Tidak mahu kalau bertengkar.
Dia tahu Farid rasa gundah kerana diamnya serupa itu.
“Mengapa Moi?”
Dia memandang Farid. Hanya dari sisi profilnya yang dapat dilihatnya. Muka farid tegak kehadapan mengikut kepalanya yang sedikit mendongak.
“Tidak ada apa-apa.”
“Masakan?” nada Farid tidak percaya seperti mencemuh
“Iiiya!” dia menjawab dengan sedikit bersungguh-sungguh, cuba menyakinkan. Tetapi jauh didalam hatinya dia tahu Farid tidak percaya. Dia sudah lama kenal dengan Farid, dahulu sebagai pensyarahnya di Jabatan Sejarah dan sekarang ketika dia akan membuat master menjadi kawan yang akrab. Satu-satunya pensyarah di university yang tidak pernah mahu memanggil namanya yang betul. Tapi dia senang. Dia sukakan Farid yang kurus dan sederhana tinggi dan berkulit cerah ini. Janggutnya secubit, menirus kebawah, kelihatan agak lucu, seperti menumpang bergantung dibawah dagunya yang lonjong itu. Dia sukakan Farid. Lelaki ini dapat memahami sifatnya yang terus terang dan degil. Farid penyabar walaupun kadang-kadang bertegang urat leher untuk mempertahankan sesuatu dapatnya. Mereka selalu bertelagah lidah berjam-jam lamanya apabila mempunyai dapatan yang berbeza. Hujahnya tidak dipersetujui oleh Farid dan Hujahnya tidak dipersetujui olehnya. Tetapi pertelagahan itu akan diakhiri dengan bertolak ansur.
“Boleh jadi dapatanmu benar,” kata Farid
Dia pun akan mengulangi kata-kata itu juga, tetapi dengan sedikit tambahan “Aku yang salah”
Mereka lalu sama-sama ketawa. Itulah jalan kompromi yang paling baik. Mereka berbisik semula seperti tiada apa-apa berlaku. Dapatan mereka tentang sesuatu it uterus tersimpan bersama dengan hujah masing-masing. Itu itu akan timbul kembali pada masa yang lain dan wajah yang lain pula. Itulah yang membuat mereka kekal sebagai sahabat.
“Tadi,” ujar Farid setelah diam sejurus “aku lihat kau dengan Syahid bukan main intim.”
“Dia macam mahu memikat hatiku.” Jawabnya sambil lewa “Aku pun tertarik padanya.”
“Cinta pandang pertama?” kata Farid menyindir seraya berpaling memandang ke arahnya. Pada waktu itu juga, dia pun berpaling memandang Farid. Mata mereka lalu bertembung. Faris tersenyum macam mengejek dan terus pandang kehadapan. Dia pun ikut tersenyum tetapi senyumannya lain.
“Kau ni,” kata Farid, kemudian secara automatic tanpa berpaling, tangan kirinya memukul pahanya. “Mudah sangat jatuh cinta pada orang.”
Dia tersenyum sekali lagi sambil menepis tangan Farid. “Aku suka padanya tiba-tiba sahaja. Entah kenapa.”
Suka yang tiba-tiba itulah yang sekarang, waktu sampi dikamarnya ini, fikirannya mula terganggu. Dia mulai menyesali dirinya sendiri.
Mengapa dia begitu mudah mengikut Farid ke pejabat surat khabar itu tadi? Suratan takdir? Tiba-tiba dia teringat pada surat kawanya yang dari seberang Laut China Selatan. “Langkah rezeki pertemuan, dan maut adalah milik tuhan,” kata kawanya itu yang malang. Cinta fizikal tidak akan kekal, apabila terpenuhi sahaja maksudnya cinta itu pun sirnalah! Ekornya adalah masalah “Bagi kamu orang islam,” katanya lagi kawanya itu, “Cinta yang paling tinggi adalah cinta pada Allah, cinta kepada Rasul-Nya, kemudian baru turun kepada cintakan bangsa dan tanah air. Hanya cinta-cinta itu yang boleh membawa kita kepada sesuatu yang positif.
Dia setuju dengan kata-kata kawannya itu. Sebab dia sendiri pun sekarang ini sedang dalam proses menghayati salah satu cinta itulah sehingga cintanya yang lain telah beberapa pergi kali terhempas ke batu karang. Dia tahu, cintanya yang ini juga akan berakhir serupa itu. Syahid tidak mungkin mengerti dengan dirinya yang sudah dimiliki oleh kekasihnya yang lain. Syahid tidak akan mengerti. Rasanya, cintanya kepada Hasyim itulah sahaja cintanya yang benar. Walaupun pada waktu itu dia tidak mengerti tentang perasaan yang mengusik hatinya. Dia masih kecil.
“Mei!” kata Hisyam waktu mereka sama-sama bermain di samping rumahnya. “Nanti apabila aku sudah besar aku akan kahwin dengan kau.”
Mereka main masak-masak. Hisyam lebih tua beberapa tahun daripadanya. Dia senang dengan Hisyam kerana Hisyam pandai mengambil hatinya dan sabar melayaninya walaupun waktu dia merajuk. Hisyam akan pergi mencari bahan-bahan untuk dimasak. Dia jadi tukang masak olok-olok. Isteri olok-olok. Setelah itu mereka akan makan bersama-sama. Hisyam selalu berkata masakanya sedap. Hatinya pun kembang apabila dipuji serupa itu
Hampir senja Hisyam yang tinggal di kampung setinggan tidak jauh dibelakang rumahnya itu akab berlari-lari pulang ke rumahnya. Tinggallah dia bersendirian berdiri melihat belakang Hisyam sampai hilang ditelan lorong ke rumahnya. Dia tidak berkecil hati atas tindakan Hisyam meninggalkannya tiba-tiba serupa itu, dengan pinggan mangkuk dan periuk belangga mainan mereka masih bersepah. Dia tahu Hisyam mesti pulang pada waktu itu. Waktu hampir maghrib sebelum kedengaran azan. Pada waktu serupa itu dia terus berdiri, tidak masuk kedalam rumahnya, dia terus berdiri di tepi pagar memandang ke rumah Hisyam. Dia mahu melihat Hisyam keluar ke masjid yang letaknya di hujung jalan. Hisyam akan memakai baju kurung putih, bersongkok hitam. Kain sarungnya diselempangkan sahaja melintasi bahu dan dadanya. Nampak seluar pendek yang dipakai ketika main. Hisyam sudah tahu dia disitu dan akan mengangkat tangan dan melambai-lambai kepadanya dan dia akan membalas balik lambaian itu. Setelah Hisyam membelok ke dalam perkarangan masjid barulah dia masuk kedalam rumah. Dia sangat suka pada Hisyam.
Hisyam sudah tidak ada. Dia dan ibunya telah menjadi mangsa rusuhan 13 Mei di Jalan Petaling. Hisyam dan ibunya dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di hadapan Stadium Negara waktu tragedi meragut nyawa mereka. Kalau Hisyam masih hidup tentulah umurnya sudah 30 tahun. Dia sudah jadi seorang peguam yang berjaya atau askar yang berpangkat tinggi. Dia sendiri berusia 5 tahun ketika Hisyam terbunuh itu. Masih kecil berhingus. Dia tidak tahu apa-apa. Beberapa hari lamanya dia tidak dibenarkan keluar rumah. Ibu dan bapanya juga tidak keluar daripada rumah. Saudara mara dan rakan kenalan juga tidak ada yang datang berkunjung. Apek tua yang menjual sayur juga tidak datang-datang. Setiap hari mereka hanya makan telur, ikan tidak ada, daging tidak ada dan sayur juga tidak ada. Pintu rumah mereka selalu berkunci. Percakapan didalam rumahnya hampir berbisik-bisik sahaja. Bapanya ketempat kerja selalu menumpang kereta polis. Dia cuba mengintai dari celah-celah jeriji jendela rumahnyake arah kampung setinggan tempat Hisyam tinggal. Kampung itu pun seperti tidak ada orang. Waktu itu dia mulai rasa sunyi. Dia terlalu rindu mahu berjumpa dengan Hisyam. Ibu dan bapanya tidak pernah memberi jawapan yang jelas apabila dia bertanya. Berulah dua minggu kemudian dia mengetahui tentang peristiwa berdarah itu. Kemudian dia mendengar berita yang memeranjatkannya. Hisyam dan ibunya telah terkorban dalam rusuhan itu. Hatinya terlalu pilu mengenangkan Hisyam yang tiba-tiba ikut hilang daripada dirinya, tetapi dia tahu Hisyam itu adalah ‘Hero nya’ yang pertama. Dia suka pada orang yang bersifat kelakian.
Dua minggu sebelum peristiwa itu meletus, Hisyam telah menyerbu datang kerumahnya dan menumbuk seoarang anak lelaki inggeris berumur tujuh tahun kerana memegang tangannya. Hisyam berlagak seperti seorang hero yang ingin menyelamatkan heroinnya daripada dicerobohi lelaki lain. Anak lelaki inggeris itu jatuh terlentang keatas tanah. Hisyam lalu menarik tangannya kebelakang. Agak heboh juga keluarganya dan keluarga anak lelaki inggeris itu sejurus. Dia sedikit pun tidak marahkan Hisyam menumbuk kawannya itu, malah berasa bangga kerana Hisyam mempedulikannya. Anak lelaki inggeris itu ialah kawannya ketika bapanya menjadi diplomat di London dahulu. Mereka tinggal bersebelahan rumah dan selalu main bersama-sama. Apabila bapanya sampai di Kuala Lumpur mereka lalu menghubungi keluarganya. Hisyam tidak tahu.
Dia seronok melihat Hisyam berlagak seperti seorang lelaki tulen. Itulah Hisyam anak minang yang dari kecilnya bercita-cita menjadi askar andai kata cita-citanya menjadi peguam tidak tercapai.
“Mei Mei!” kata Hisyam. “Apabila aku sudah berkerja nanti kita kahwin. Mak aku pasti suka. Aku akan ajar kau agama islam.
Dia tersenyum. Terhibur dengan ingatannya masa kecil-kecil dahulu. Senyumannya terhenti apabila dia mengenangkan kehilangan Hisyam yang sangat tragis. Peristiwa itu cukup berbekas dalam dirinya sebagai satu titik hitam. Titik itu terus kekal sampai sekarang. Masih agak sukar untuk dikikis daripada ingatannya. Masih tetap menjadi noda yang sukar dari dibersihkan. Mengapa terjadi rusuhan? Mengapa orang yang tinggal didalam sesebuah negara yang aman tiba-tiba bangkit merusuh merusuh dan berbunuh-bunuhan? Mengapa orang cina mesti membunuh orang melayu dan mengapa orang melayu mesti membunuh orang cina? Mengapa?
Lima belas tahun kurang lebih pertanyaan itu menghantui hidupnya.
Sekarang dia mulai jelas sedikit-sedikit. Jawapan itu terhimpun dalam sebuah latihan ilmiah untuk ijazah Sarjana Muda dalam bidang sejarah. Dalam tesis setebal 215 muka itu terkumpul segala anasir yang menyebabkan peristiwa hitam itu meletus, punca dan implikasi kepada pertumbuhan sebuah negara bangsa. Tesis ini ialah hasil kajian dan penyelidikannya yang cukup rinci setelah menyemak berpuluh-puluh macam dokumen, membaca beberapa buah buku yang ditulis tentang peristiwa bersejarah itu. Dia juga telah menginterviu orang-orang politik penyokong kerajaan dan pembangkang, dan meneliti gerakan arus masyarakat berbilang kaum. Pada masa dia membuat penyelidikan itu dia telah berjumpa dengan berpuluh-puluh orang yang ikut terlibat dan salah seorang daripadanya yang menjadi kajian tesisnya itu yang telah menyebabkan tesisnya mendapat kepujian kelas pertama. Seorang wanita cina bukan sahaja turut terlibat, tetapi telah membawa tanda peristiwa tragi situ dipipi sebelah kanannya berupa sebuah parut sepanjang dua sentimeter dari hujung ekor matanya melintang serong kebawah dagunya. Wanita cina itu masih cantik kelihatannya dalam berusia 40 tahun walaupun dengan parut yang telah mencacatkan mukanya serupa itu. Lima belas tahun dahulu, daripada gambarnya dia memang seorang yang cantik. Tunangnya menjadi korban ketika mereka pergi menghantar seorang teman perempuan sepejabat kerumahnya di Kampung Baru. Tetapi tuhan masih panjangkan umurnya untuk dapat menceritakan peristiwa itu sambil membawa tanda sebagai saksi anak jati bumi ini. Entah mengapa simpatinya tertumpah pada wanita itu. Baginya itulah wanita tulen Malaysia, produk bumi bertuah ini, kerana dia sedikit pun tidak menyimpan rasa sesalan. Dengan perempuan melayu teman sepejabatnya yang menyebabkan tunangnya hilang itu dia tidak menyimpan dendam dan masih terus akrab seperti saudara sejati. Dia juga tidak menyesal walaupun kerana tanda itu diluar kehendaknya dia dipaksa menjadi anak dara tua.
Pada petang 13 Mei itu, tunangnya datang menjemputnya seperti biasa di pintu pejabatnya di Jalan Tun Perak (waktu itu bernama Jalan Mountbatten) suasana didalam Bandar sudah mula tidak menentu. Berita-berita angina sudah kencang beritup memabawa berita rusuhan akan berlaku. Dia menawarkan kepada Jamilah teman sepejabatnya, untuk menhantar dia pulang. Dia melarang Jamilah yang mahu berjalan kaki balik kerumahnya kerana bas sudah langka. Dia khuatirkan keselamatannya. Biarlah mereka pergi menghantarnya pulang. Dari situ ke Kampung Baru tidak jauh, dengan kenderaan beberapa minit sahaja. Sebaik sahaja mereka berhenti dihadapan rumah Jamilah di Jalan Raja Mahadi, sekumpulan anak muda yang mengikat kepala mereka dengan kain merah dan bermuka bengis, bersenjatakan kayu, parang dan pisau telah membuka pintu dan mengheret tunangnya keluar. Dia memekik, merayu meminta kasihan, tetapi anak-anak muda yang sudah kerasukan syaitan itu tidak sedikit pun menghiraukannya. Dia mendengar pekikan Jamilah ketika Jamilah merangkum tubuhnya dari belakang. Pada pipinya terasa-rasa nyeri dan pedih. Dia terjatuh. Jamilah juga terjatuh dan dia mendegar Jamilah merayu, “Tolong jangan apa-apakan mereka! Mereka kawan saya! Jangan! Saya sembah!”
“Saya tidak marah. Saya tidak dendam. Sudah takdir tuhan serupa itu keatas saya. Saya percaya pada kata-kata Jamilah, takdir tuhan tak dapat dielak. Tunang saya belum mati kalau kami tidak menghantar Jamilah ke Kampung Baru. Kami masih sempat balik ke Sungai Way. Di sana pada waktu itu masih aman. Tetapi saya mendesak tunang saya pergi menghantar Jamilah kerumahnya. Rupa-rupanya disitu ajalnya menunggu. Saya tidak dendam. Saya telah kehilangan tunang, tetapi tuhan telah mengantikan saya dengan seorang ibu, seorang bapa, dan seorang adik angkat yang memberi kasih sayang tidak pernah saya terima, kerana saya seorang yatim piatu.”
Hisyam dan ibunya meninggal di Jalan Petaling, daerah orang-orang cina, ketika menunggu bas mahu pulang kerumahnya. Orang-orang cina di kampung setinggan tempat Hisyam tinggal tentu tidak sampai hati melakukannya. Mereka kenal Hisyam, mereka kenal ibu Hisyam. Pagi-pagi buta orang akan dibangunkan oleh suara mersik meninggi menjajakan nasi lemak dan kuih koci. Perkenalan membuat orang berkasih sayang!
Beberapa hari sudah perintah berkurung ditarik balik, barulah penduduk kampung setinggan dan di daerah sekitarnya mulai terasa kehilangannya. Suaranya yang mewarnai suasana pagi sudah tidak kedengaran lagi. Mereka mulai terasa kehilangan Hisyam didalam hidup mereka. Hisyam yang sambil berjalan membimbit sebuah raga yang sederhana besarnya, melaung-laungkan dengan nada yang tinggi menjaja nasi dan kuih koci buatan ibunya. Dahulu ketika Hisyam masih ada dan berjalan-jalan dilorong rumah mereka, tidak pernah ada yang memikirkan akan kehadirannya. Tiap-tiap pagi tanpa mangkir, dia telah berada di atas jalan raya. Dia menganggu mereka. Sekarang baru mereka mula merasa rindu dengan suara mersik tinggi itu. Mulai rindu pada nasi lemak dan kuih kocinya. Tetapi perasaan itu pun sedikit demi sedikit hilang pula oleh kebiasaan.
Daripada penelitiaan dan kajiannya , punat bisul rusuhan 13 Mei itu berpunca daripada virus yang sudah lama disemai oleh penjajah. Virus yang mereka bawa bersama-sama mereka sejak kali pertama mereka menjejakkan kaki dibumi ini dahulu. Virus polarisasi kaum yang mereka bina. Mereka gali jurang pemisah dan mendirikan tembok penghadang melalui sistem et empera. Orang melayu yang menjadi peribumi semenanjung emas ini mereka biarkan terus hidup di kampung-kampung sebagai petani dan nelayan, orang cina mereka pusatkan di Bandar-bandar dan orang india mereka biarkan menjadi buruh di kebun-kebun getah. Sehingga negara ini mencapai kemerdekaan polarisasi perkauman itu menjadi semakin tebal juga. Tiap-tiap kaum mulai mencari identity diri kembali. Baba peranakan yang telah beratus tahun membina identity sendiri dan begitu jauh sudah berasimilasi dengan masyarakat setempat tiba-tiba direntap oleh dewa cauvinilis lalu memperlihatkan bayang-bayang kelabu yang gagah. Gadis-gadis remaja pun mulai membuang th ‘ng sah (baju panjang) dan tay sah (jaket dalam), mulai membuang sarung. Dahulu kalau mereka memakai pakaian serupa itu ditambah dengan sanggul siput suak ean soh atau im boey, mereka tidak ada bezanya daripada gadis melayu disebelah rumah.
Dia bercita-cita mahu belajar di Sekolah Melayu kerana sekolah itu terletak tidak jauh dari rumahnya. Kalau mahu pulang dia hanya melaung ibunya dari tingkap sekolah.
Tetapi ibu dan bapanya belum berani melanggar tradisi yang tidak bertulis bahawa orang Cina mesti belajar di sekolah Cina. Ibu dan bapanya tidak berani melihat tundingan telunjuk jiran tetangga walaupun bapanya dahulu tidak ke sekolah Cina tetapi ke sekolah Inggeris jauh dibandar dan tidak ada siapa yang menundingkan telunjuk kepada datuknya kerana orang Inggeris itu Setan Putih yang berkuasa, kulit mereka putih, rambut mereka perang dan mata mereka biru, kalau dapat ikut agama Setan Putih itu pun lagi baik.
Setelah Hisyam menumbuk anak Inggeris itu, beberapa hari lamanya dia tidak muncul-muncul. Dia lalu pergi mencari ke rumahnya.
“Mengapa kau datang cari aku?” Hisyam langsung menyergahnya sebaik saja dia muncul di pintu rumahnya.
Dia merasa terlalu hiba mendengar sergahan Hisyam serupa itu. Tetapi dikeraskan juga hatinya walaupun kakinya sudah mengajak pulang.
“Akan ingat kau sakit,” jawabnya lembut dan air matanya matanya nya sudah mulai sebak.
“Orang miskin macam aku tak layak jadi kawanmu,” kata Hisyam lagi.
Air matanya sudah tidak dapat dibedung lagi. Dia lalu menangis. Dia tahu Hisyam tidak suka melihat air matanya meleleh serupa itu, tetapi kali ini anak Minang itu terlalu tegar, dibiarnya dia menangis. Akhirnya dia berlari pulang.
Daun tingkapnya tiba-tiba terbanting kuat. Berikutan itu, angin dan hujan menerpa masuk ke dalalm biliknya dan suasana bilik itu menjadi muram. Dia melompat bangun dari tempat tidurnya, menerpa ke tingkap, cuba menutup daun tingkap yang kalau waktu hujan dia suka duduk di tepi tingkap melihat titik-titik hujan yang jatuh menimpa daun dan mendengar bunyi desahannya. Rasa-rasanya seperti semua tumbuhan sedang berpesta-pora menyambut kedatangan hujan. Tetapi kali ini hujan yang datang bersama-sama angin utara itu telah menyerbu masuk kedalam biliknya. Setelah menutup tingkap dia lalu membuka lampu. Ada bunyi ketukan dipintu.
“siapa?”
“Mei! Ada telefon.”
“Okey. Saya datang.”
Dia bergegas menuruni anak tangga. Telefon itu ada di tingkat bawah. Dicapai ganggang yag sudah terkulai pada taliannya dan, “Helo!”
Agak sukar mahu mendengar suara yang dihujung sana. Bunyi angin dan hujan terlalu kuat. “Helo.”
“Mei?” Suara itu sayup-sayup, terlalu jauh kedengarannya. Tetapi dia sudah dapat menduga apabila dalam telefon itu kedengaran bunyi mesin tulis , suara bising orang becakap.
“Mei?” Suara itu sayup-sayup, terlalu jauh kedengarannya. Tetapi dia sudah dapat menduga apabila dalam telefon itu kedengarannya bunyi mesin tulis, suara bising-bising orang bercakap.
“Mei!” kata Syahid.
“Ya? Ada apa?”
“Aku ingin mendengar suaramu,” kata Syahid lagi. Dia tersentak. Agak keanak-anakan kedengarannya. Adakah anak muda itu benar-benar telah terpikat dengannya? Dia pun suka dengannya. “Kau baru saja mendengar suaraku tadi? Okey, ada tape disana? Kau tape-lah sekarang.”
Syahid seperti tidak mendengar percakappannya.
“Mei! Mengspa terlalu bising disana?”
“Disini sekarang hujan dan angin kuat. Cuba kau lihat ke luar. Disana tak hujan?”
“Aku tak nampak hujan pun,” kata Syahid. Barangkali hujan itu disana saja. Kau sedang buat apa?”
“Sekarang ini aku sedang dengar telefon,” jawabnya sambil tergelak. Geli.
“Tadi?”
“Aku sedang berangan-angan.”
“Angan-anganan apa? Kau igatkan aku?”
“Ya.” Dia ketawa lagi, agak lebih kuat. Biar Syahid mendengarnya.
“Aduh! Aku juga tidak dapat melupakan wajahmu. Kau tahu, sejak kau tinggalkan aku tadi, aku tak dapat menulis lagi.”
“Itu sudah parah. Salah-salah jalan boleh masuk Tanjung Rambutan.”
“Aku tak mahu jadi gila. Itulah sebabnya aku menelefonmu ini.”
Dia ketawa mengekek
“Jangan susah, dua hari lagi kita berjumpa. Tidak lari gunung dikejar.”
“Kalau dia lari bagaimana?”
“Tempat itu tentu jadi danau yang indah. Tambah lagi satu tempat pelancongan.”
“Kau !” ujar Syahid seperti mengeluh.
“Sabarlah,” ujarnya pula. “Kita akan akan berjumpa nanti.”
“Tak bolehkah kita berjumpa sebelum itu?”
Dia ragu-ragu sejurus. Angin dan hujan mulai reda. Dia sudah semakin jelas mendengar suara Syahid. Cinta ini tidak akan lama, kata bawah sedarnya. Tetapi yang sejenak itulah nikmatnya. “Aku beritahu. Okey?”
“Kau nak kemana”
“Mahu sambung angan-anganku,” jawabnya. “Okey, sampai berjumpa.”
Gagang telefon itu disangkut kembali di tempatnya, masih terdengar suara Syahid mememkik-mekik menyuruh tunggu. Tetapi dia keraskan juga hatinya kerana khuatirkan kenikmatan yang sejenak itu akan hilang. Dia lalu berlari memanjat tangga kembali ke biliknya. Di tolaknya kedua-dua daun tingkapnya. Hujan sudah berhenti. Dia berdiri di tepi tingkap memandang ke luar. Daun-daun hijau berkilat dan semua tumbuh-tumbuhan kelihatan segar itulah pemandangan yang paling digemarinya; pemandangan alam, sesudah hujan teduh. Suara burung mulai terdengar berdecit-decit melompat-lompat dari satu dahan ke satu dahan. Di ruang lapang burung laying-layang yang terbang melayah dan menjunam, seperti suatu komposisi taran klasik. Berputar ke atas, kebawah, berbalik ke kanan dan dan ke kiri, ke hadapan dan ke belakang.
Hisyam memimpin tangannya melompati parit-parit yang bertakung air di kebun kelapa itu. Mereka berjalan dibawah lindapan daun-daun kelapa yang rimbun dan pokok buah-buahan yang tumbuh tidak teratur. Angin yang menyilir menerusi celah-celah batang pokok-pokok mengusap rasa sejuk pada tubuh mereka yang sudah berpeluh. Mereka berjalan keluar dari kebun kelapa lalu menyusuri permatang sawah menuju ke pondok tempat nenek Hisyam menunggu padinya yang sudah mulai menguning. Buah padi bewarna kuning, hutan hijau mententeramkan mata selalu mempersonakan perasaanya. Hutan dihujung sawah seperti sebuah benteng hijau yang memagari kawasan itu. Jauh di belakang nampak bukit biru berbalam-balam.
Ada sebuah gelung besar. Airnya jernih mengalir perlahan ke sawah sebelah.
“Lompat!” Hisyam member arahan
Dia tergamam. Tidak mungkin lepas kalau dia membuat lonjakan dari situ saja. Entahlah kalau dia dapat berlari sedikit untuk mendapatkan lajak. Hisyam lalu menunjukkan kepadanya cara bagaimana dia mesti melompat. Dengan sekali lonjakan saja Hisyam sudah lepas ke seberang. Nampaknya mudah, tetapi dia tidak berani.
“Ayuh lompat!” kata Hisyam lagi. Tetapi dia terus teragak-agak.
Hisyam lalu melompat kembali ke sampingnya. Tanpa member tanda dia lalu mencempungnya dan membawanya menyeberang gelung itu. Walaupun terperanjat, tetapi dia tidak membantah, dibiarkannya saja, tanah didalam gelung itu agak lembut, kaki Hisyam terbenam hampir separas lutut. Semakin kuat Hisyam berusaha untuk menarik keluar kakinya, semakin sukar jadinya. Kakinya semakin dalam terbenam kerana beban yang dibawanya. Dia kemudian cuba menarik kaki kanannya dan melonjak, tetapi perimbangnya hilang. Dia melayah ke kiri dan beban yang sedang dicempungmya itu ikut memberi tekanan berat ke kiri. Kedua-duanya lalu terjatuh bergolej kedalam lumpur. Mereka tertawa mengilai kerana berasa lucu. Lama mereka ketawa dan ketika mendengar suara pekikan yang sayup-sayup, barulah mereka bergegas bangun. Seluruh baju dan skirtnya sudah penuh lumpur, rambutnya juga terkena lumpur. Mukanya dan baju Hisyam yang berlutin. Mereka tidak sempat berfikir panjang kerana suara pekikan dari arah gigi hutan semakin kuat. Hisyam berginjat kemudian melompat beberapa kali melihat kearah suara itu.
“Barangkali budak-budak nakal mengusik Atan,” katanya.
Dia ikut melompat, tetapi tidak dapat melihat apa-apa.
“Mari!” kata Hisyam lalu menarik tangannya. Mereka berdua berlari-lari menuruti permatang sawah menuju ke gigi hutan. Hisyam berlari terlalu kencang dan dia tidak dapat mengejarnya.
Sambil belari, dia teringatkan Atan. Atan tidak serupa dengan orang lain. Kulitnya putih rambutnya putih. Matanya merah redup. Budak-budak di kampong itu terutama budak-budak perempuan selalu mengusiknya. Mereka memangilnya ‘hantu bulai’.
Budak-budak itu melempar-lemparkan lumpur dan kayu kepada Atan dan usikan mereka makin menjadi-jadi apabila melihat Atan mengejarnya.
“Syam! Tunggu aku!”
Hisyam berhenti memandang ke belakang. “cepat!”
Tetapi belum dia dapat mencapainya, Hisyam telah berlari lagi. Dia memang tidak dapat mengejarnya. Dia lalu berhenti berlari dan berjalan perlahan-lahan. Sudah kelihatan tiga orang budak –budak berlari-lari berkeliling mengusik Atan. Mereka kemudian berlari ke arah hutan apabila melihat Hisyam datang.
Kasihan Atan! Dia sudah tidak punya ibu dan bapa. Tinggal dengan datuknya. Tiap-tiap hari dia turun ke sawah menjaga kerbau meragut rumput di tepi hutan. Dia masih ingat waktu dia datang dahulu, Atan itulah yang memanjat pokok kelapa mengambil kelapa muda untuk diminum airnya. Hatinya baik. Atan juga yang telah berkejar ke rumah dukun apabila nenek Hisyam tiba-tiba jatuh sakit.
Apabila Hisyam sudah meninggal, ada sekali dia pergi ke kampung itu. Sudah ada jalan merah merentas tanah sawah tempat dia dan Hisyam jatuh di dalam gelung dahulu. Sawah yang telah terbahagi dua itu kelihatannya seperti tidak bermaya, pokok padi yang sedang menguning buahnya kelihatan seperti lesu. Nenek Hisyam sudah tentu tua dan uzur. Lama dia merenungnya dan bertanya beberapa kali sebelum dia mengingat kemabali masa lampau. Dia memeluknya dengan erat seperti tidak ingin melepaskannya. Dia tidak benarkan pulang sebelum makan.
“Ini ada ikan keli dan ikan puyu, orang bagi petang semalam. Nenek akan masak lemak cili api. Kau maih boleh makan macam dulu?”
Dia mengangguk dan matanya berair. Dahulu pertama kali dia memakan masakannya, mulutnya terasa seperti terbakar. Sekali suap nasi, sekali minum air. Matanya berair. Dia makan kerana tidak mahu diketawakan Hisyam dan Atan. Mana Atan? Atan sudah tidak ada lagi di kampung itu. Pondok datuknya juga suda tiada. Bekas pondok itu telah ditumbuhi lalang dan senduduk. Menurut nenek Hisyam, tidak ada orang dunia. Ada berita mengatakan dia lari masuk ke dalam hutan. Kasihan Atan!
Bermula dari makan siang hari Sabtu itu, perhubungannya dengan Syahid menjadi semakin akrab. Syahid seorang pemuda yang peramah. Mereka berdua begitu gembira seperti sepasang merpati yang terbang dilangit lepas. Tetapi seperti yang sudah diduga, dia telah direntap bangun dari alam mimpinya oleh tugas Negara yang penting. Dia terpaksa meninggalkan Syahid tanpa pesan. Syahid terlalu marah serta berasa seperti dia dipermainkan. Biar apa pun, ini ialah tanggung-jawabnya yang mesti ditunaikan. Dia mengetepikan perasaan hatinya dan kepentingan dirinya, kerana begitu sudah suratan takdir yang menyuruh dia memberikan sesuatu kepada Negara dan banganya. Tugas yang banyak tidak dapat difahami orang dalam zaman yang matrealistik ini.
Waktu dia menyiapkan tesisnya dahulu, dia telah mendapat jawapan tentang sebab berlakunya rusuhan kaum. Sejak itu dia bertekad mengabadikan dirinya kepada nusa dan banga. Biarlah dia keseorangan dalam tugas ini. Biarlah kawan karibnya yang mengetahui menuduhnya sebagai perbuatan yang bodoh. Dia seorang gafis yang cantik, sederhana tinggi, mempunyai potongan tubuh yang menjadi impian banyak perempuan. Bermuka bujur telur, bermata jeli. Intelek pula. Apa yang dikehendakinya didalam hidup ini berada di hujung jarinya.
Tetapi dia mempunyai fikiran lain. Kalau bukan dia yang member khidmat kepada ibu pertiwinya, maka siapa lagi orang lain?
Syahid tidak tahu. Biarlah. Biarlah dia lupakan dulu angan-angannya mahu menjadi seorang kekasih yang baik, seorang isteri yang taat. Lima atau enam tahun lagi, andai kata mereka bertemu semula dan kalau ada jodoh. Dia tahu Syahid yang kacak itu akan mudah diapit oleh perempuan yang cantik, satu disebelah kiri dan satu lagi disebelah kanan. Dua puluh tahun lagi dia tentu sudah bercucu. Mungkin telah memandu sebuah motokar mewah yang diimport dan menjadi pengarah yang terkenal. Mungkin dia tidak kenal lagi dengan Mellisa yang memandu motokar tua, eksoznya menyembur keluar asap kotor.
Dia sayang kepada Negara ini, bangsa ini. Walaupun dia lahir di luar Negara tetapi warganegaranya. Dia besar dan bersekolah di sini. Baginya, dia tidak akan dapat hidup di Negara lain biar bagaimana mewah dan maju sekalipun. Dia tidak akan dapat hidup di Negara China, walaupun dia berbangsa cina. Berkebudayaan cina dan leluhurnya dahulu berasal dari Guangdong, iklim disana berbeza. Cara berfikirannya berbeza.
Sebelum dia mati, dia hanya ingin melihat Negara dan rakyat Negara ini hidup dalam aman dan damai. Semua suku kaum hidup dalam harmoni sebagai satu bangsa yang merdeka dan berjaya. Peristiwa hitam 13 Mei itu tidak berulang lagi. Dia lalu memeluk dengan erat kekasih nya yang sejati, M16.